Deposit akan dipulangkan, betul ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sebentar tadi mendapat panggilan daripada penempah masih baru. Namun, beliau begitu yakin bahawa deposit yang akan diberikannya akan dipulangkan sepenuhnya!!




Itu pun jikalau keadaan unit yang ditinggalkan beliau di dalam keadaan memuaskan. Namun ada juga deposit yang tidak dipulangkan kerana ia adalah sebahagian daripada jumlah pembayaran ataupun pendahuluan.


Maka jelaskan kepada penempah adakah deposit tersebut adalah deposit keselamatan atau deposit untuk sebahagian jumlah penginapan atau untuk mengesahkan tempahan atau deposit bil-bil utiliti dan sebagainya. Bayaran kembali mungkin tiada atau sebahagian sahaja.