Blog


2016

Pelaburan Hartanah
Jan
30hb - Wisma SSM, Kuala Lumpur


2015 

Rezeki Berniaga
May
9hb - Bilik Enggang, Wisma SSM, Kuala Lumpur


2014

Status Pencetakan Buku
Januari   
22hb –TrueWealth Publishing memberitahu melalui e-mail tentang hasil penerimaan cetakan buku yang sangat bagus. Kini, pihak TrueWealth Publishing sedang menunggu Kedai Buku MPH untuk memberikan kuantiti pesanan untuk diedarkan ke seluruh cawangannya.
23hb – TrueWealth Publishing mewawarkan gambar buku di Facebook Fanpage yang telah sampai dan dirakkan di stor sedia untuk dijual.
23hb – TrueWealth Publishing sudah menghebahkan jualan Buku Buat Duit Dengan Bisnes Homestay di Facebook Fanpage.
30hb – Menerima e-mail dari TrueWealth untuk jemputan ‘Author’s Talk’.
30hb – Menerima panggilan untuk proses penghantaran ‘by hand’ untuk sepuluh naskah buku ‘Buat Duit Dengan Bisnes Homestay’. Pihak TrueWealth dijangka akan berada di George Town pada minggu hadapan atau tambahan seminggu lagi.
30hb – MPH sudah pun memaparkan iklan buku ‘Buat Duit Dengan Bisnes Homestay’ untuk jualan secara maya.

Jemputan Author’s Talk 
Februari 
1hb – Membalas jawapan e-mail dari Encik Aimerul bagi menghadirkan diri untuk melancarkan ‘Festival of knowledge’ di MPH Kinta City, Ipoh, Perak pada 29hb March pada 2 hingga 4 petang.

Author’s Talk – Ipoh, Perak 
Mac 
29hb – Author’s Talk di Kinta City Shopping Centre, Ipoh.  Dapat menjual 6 buah buku. Menjalankan TIGA kali sesi penyampaian. Penyampaian kedua lebih baik.

Author’s Appearance – KLIBF, Kuala Lumpur 
April    
10hb – Jemputan ke KL International Book Fair 2014. Namun tidak dapat hadir.

Majlis Pelancaran Buku TrueWealth - PBAKL 2014
May
1hb - Dilancarkan oleh Encik Asrul Daniel.

2013

Penerimaan manuskrip melalui e-mel 
Januari 
18hb –TrueWealth Publishing baru menerima kesemua lampiran disebabkan masalah teknikal

Truewealth Author’s Newsletter 
April   
25hb – Isu pertama TrueWealth untuk pengarang buku

Fasa pertama penyuntingan 
Mei   
15hb–Perlu menyemak manuskrip dalam masa seminggu, membuat pembetulan, membuat back cover write-up, melampirkan gambar profesional
19hb–Melampirkan borang pembetulan manuskrip, back cover-write up dan gambar pasport
30hb - Isu kedua TrueWealth untuk pengarang buku

Lampiran gambar bab 12 tidak lengkap 
Julai 
31hb –Perlu menyediakan lampiran yang tidak diterima oleh Cik Ary iaitu Masa lawatan dan harga, informasi makanan dan minuman, kecemasan, cadangan aktiviti pelancongan dan risalah. Lampiran yang telah diubahsuai untuk memudahkan Editor telah dihantar dalam format Excel, Words dan Jpeg.

Fasa kedua penyuntingan 
September 
3hb - Cik Ary menjawab balas e-mail pertanyaan yang dihantar sehari sebelumnya. Manuskrip sudah di tahap fasa kedua dan perlu melalui hingga fasa ke empat sebelum diterbitkan sebuah buku seawal bulan November 2013 nanti.
12hb – Menghantar lampiran dokumen dan excel iaitu fail asal setelah fail jpg. tidak dapat dibuka oleh Cik Ary.

Fasa ketiga penyuntingan 
Oktober 
10hb – Cik Ary memerlukan penyemakan manuskript dan menyediakan back cover write up sebelum 17 Oktober ini.
14hb – Menghantar lampiran pembetulan dan back cover. Perubahan banyak dilakukan pada istilah pendingin hawa yang sebelumnya penghawa dingin.

Desember
26hb - Panggilan telefon dari Cik Ary bagi perubahan pada gambar-gambar dan nama penuh iaitu Saad atau Sa'ad. 


2012

Mula menaip manuskrip
Februari
Mendapatkan komen bagi menambah-baikkan mutu manuskrip daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dari pelbagai bangsa, agama, berlainan peringkat pendidikan, status bujang dan berkahwin. 43 mukasurat berdasarkan skema sendiri.

Lampiran – TrueWealth Publishing 
Mac
25hb –Melampirkan isi kandungan, prakata, pengenalan dan meminta panduan seterusnya 
30hb –Memerlukan pengisian informasi mengenai kaji selidik pengarang, publishing kit dan panduan menulis manuskrip

Manuskrip cadangan – PTS Portal
April                                                                                                         
4hb –Meminta panduan sebelum menghantar manuskrip                              
5hb – Editor memerlukan pengisian Kertas Cadangan Penerbitan Buku

Penilaian penulis dan tajuk – PTS Portal
Mei 
2hb –Melampirkan Kertas Cadangan Penerbitan Buku                                 
10hb –Meminta contoh manuskrip untuk penilaian

Manuskrip cadangan – PTS Portal
Jun
23hb – Melampirkan contoh manuskrip

Penolakkan manuskrip – PTS Portal
Julai
6hb – Susulan daripada manuskrip yang telah dihantar
10hb – Akan diberitahu kelak selepas mesyuarat                                       
19hb –Penolakkan manuskrip kerana buku bisnes kurang mendapat sambutan

Seminar & Manuskrip cadangan - TrueWealth Publishing
September
8hb – Seminar “How To Write A Bestseller In 88 Days” di Hotel Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur dari 9 pagi hingga 6 petang 
20hb –Melampirkan 2 bab untuk penilaian
21hb – Akan diberitahu kelak selepas penilaian

Jawapan penilaian 
Oktober  
3hb – Memerlukan penerangan lebih, contoh-contoh, bukannya ‘point form’ dan memerlukan 2 bab lain untuk penilaian (disyorkan bab 1 & 2). Editor memberi cadangan untuk menukar tajuk dari “Bisnes Dengan Homestay” kepada “Buat Duit Dengan Bisnes Homestay”
11hb – Melampirkan beberapa bab manuskrip
24hb – Akan diberitahu kelak selepas penilaian
25hb – Berita baik ! Diterima sebagai penulis TrueWealth Publishing.

Kontrak TrueWealth Publishing 
November  
2hb –Menandatangani kontrak buku pada 3 petang Jumaat di Kelana Jaya, Selangor.

Penyerahan Manuskrip lengkap 
Desember  
16hb – Menghantar manuskrip melalui e-mel.
17hb – Menghantar ‘thumbdrive’ oleh kerana penghantaran manuskrip melalui e-mel gagal kerana fail bersaiz besar bersama gambar, carta, lampiran dan sebagainya
18hb – TrueWealth Publishing menerima ‘thumbdrive’ manuskrip sebanyak 126 mukasurat berdasarkan skema penerbitan