Anda sebagai pemilik Homestay mesti tak perasan apabila penempah berasa sedemikian. Pernah anda fikir perasaan mereka apabila disuruh menelefon beberapa pihak sebelum membuat tempahan? Kes yang selalu berlaku apabila
:: Pemilik Homestay ada ramai kakitangan
- Apabila salah seorang sibuk, maka panggilan tidak terjawab atau
- mengarahkan penempah membuat panggilan atau pesanan mesej ringkas kepada pembantunya
:: Pemilik Homestay yang ada jaringan pemilik Homestay yang lain
- Pemilik mengarahkan penempah urus sendiri tempahan selepas nombor diberikan
- Pemilik mengarahkan pemilik Homestay lain menelefon penempah yang menunggu panggilan, namun pemilik Homestay tersebut sibuk dan sebagainya
- Penempah menunggu nombor pemilik Homestay baru yang dijanjikan oleh pemilik Homestay asal untuk masa yang lama
:: Pemilik Homestay baru yang disyorkan mengambil kesempatan ke atas penempah
(Ini selalu berlaku apabila penempah membuat tempahan banyak unit berlainan pemilik Homestay)
Namun terdapat Pemilik Homestay yang ingin mengambil bahagian untuk merumitkan lagi keadaan. Antara perkara pemilik lakukan seperti
- Meminta data-data peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor kereta dan pelbagai data yang remeh-temeh yang menyusahkan penempah
- Menyatakan peraturan yang tidak sama dengan wakil pemilik Homestay seperti deposit keselamatan, pembayaran pengesahan yang lebih tinggi, dan lain-lain.
Sebaik-baiknya, biar penempah berhubung dan dipertanggungjawabkan oleh seorang wakil. Jangan biarkan penginapan yang diingini oleh penempah bertukar kacau bilau urusannya. Jaga perasaan mereka untuk tempahan seterusnya.