Penempah Berfikiran Negatif


Salam semua, kali ini mengenai penempah yang berkategori fikiran negatif. Baru-baru ini saya menerima pesanan ringkas untuk tempahan lewat iaitu untuk kemasukkan hari yang sama. Antara persoalan-persoalan yang diajukan oleh beliau adalah;


1. Homestay tu okay ke?

2. Nanti barang - barang rosak macam mana?
3. Untuk satu malam tak boleh kurangkan harga ke? Kami nak tidur dan mandi saja walaupun kami ramai.
4. Bila periksa peralatan rumah tu?

Saya telah menolak tempahan tersebut kerana penginap ini telah membayangkan masalah-masalah yang akan menimpa apabila beliau menginap kelak. Pertanyaan beliau itu seperti doa dan harapan yang dibayanginya sehingga saya berasa tawar hati untuk menyediakan kemudahan penginapan kepadanya.


Walaupun saya sudah menegaskan kepada beliau bahawa penyelenggaraan Homestay itu dibuat oleh saya sendiri, namun dia masih rasa was-was dan tidak  yakin. Maka, saya telah menolak menerima penempah seperti ini secara baik dengan memberitahu bahawa rakan saya akan menelefon beliau untuk unit yang lain. Apabila, saya bertindak demikian beliau tiba-tiba meminta maaf dan berlembut dengan meminta nombor akaun bank untuk segera menempah.


Bagaimana perasaan anda apabila penempah yang belum pernah menginap Homestay anda, tetapi sudah beranggapan seperti ini? Anda semestinya rasa tidak puas hati dan lebih baik mengelak, bukan?