Bila tiba bulan perayaan, semestinya kita akan dapat banyak
panggilan. Memang seronok terima tempahan tu, tetapi anda jangan terus terima!
Periksa tarikh masuk dan keluar tu betul-betul. Masalah pertindihan hari akan
berlaku dan anda akan kelam kabut hendak membetulkan keadaan.
Antara risiko;
:: Terpaksa merayu dengan pelanggan untuk membuat pindahan
tarikh atau batal
:: Terpaksa merayu dengan pemilik Homestay yang lain. Anda
mungkin kena bayar lebih dari harga asal!
:: Masalah melayan penginap yang sudah berang kerana
pemberitahuan di saat-saat akhir
:: Anda bertindak negatif dengan membiarkan penginap
menyelesaikan masalah yang anda telah lakukan (elak panggilan masuk, jadi
pemarah dan sebagainya)