Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kes ini baru berlaku minggu ini setelah penempah membatalkan tempahan di saat akhir. Namun begitu, tindakan beliau telah menyebabkan kehilangan deposit. Beliau sangat yakin tempahan yang telah dibuat akan dipersetujui oleh ahli-ahli penginap yang lain. Namun begitu, beliau telah gagal memberitahu perkhidmatan yang disediakan bukanlah yang diharapkan oleh mereka. Pastikan anda sebagai penempah buat kepastian sebelum menempah untuk mengelakkan deposit tempahan itu hilang.
:: Sehari sebelum menginap
Penempah : Perlu 3 unit Homestay berdekatan
Pemilik Homestay : Kesemua unit sudah penuh dan membantu mencari unit lain melalui kenalan
Penempah : Bersetuju
Pemilik Homestay : Memberitahu kemudahan unit adalah berlainan kerana pemilik berasingan
Penempah : Bersetuju kerana tempahan saat akhir dan tiada pilihan dan bayar deposit
Pemilik Homestay : Mendapat pengesahan daripada pemilik lain setelah deposit di bayar kepada mereka
:: Hari menginap
Pembantu Penempah : Tidak puas hati kemudahan yang kurang lengkap berbanding hotel setelah diberitahu oleh penempah semasa perjalanan ke Homestay
Penempah : Meminta maaf kerana salah penilaian pilihan penginap dan membatalkan tempahan
Pemilik Homestay : Membuat pemberitahuan pembatalan kepada semua pemilik Homestay lain.
No comments:
Post a Comment