Kenapa Homestay Menjadi Pilihan ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Anda semestinya pernah menginap mana-mana jenis penginapan seperti hotel, motel, chalet dan sekurang-kurangnya di rumah saudara mara ataupun rakan-rakan anda. Namun begitu, kini keselesaan dan bajet adalah faktor terpenting apabila ingin menempah penginapan. Bagi yang solo, anda tiada masalah kerana boleh tinggal ala kadar seperti berhenti sebentar di masjid dan ada yang berehat di dalam kenderaan sebelum meneruskan perjalanan. Kini terdapat banyak perhentian R & R yang anda boleh pilih juga sebagai alternatif. Namun, bagi yang sudah berkeluarga, pasti anda ragu-ragu untuk memilih cara "koboi" ini ataupun "nomad" bukan?

Kita lihat sahaja "trend" masa kini seperti penempahan murah atas talian seperti "Agoda", "Asia Room", "Asia Travel", "Expedia", "Airbnb" dan sebagainya untuk menjadikan penginapan itu lebih murah dan selesa. Selain hotel, motel, terdapat juga homestay tersenarai di dalam iklan tersebut. Sudah tentu anda boleh memilih pada harga murah dengan membahagikan jumlah harga dengan bilangan penginap. Lagi ramai dapat menginap lagi jimat. Bak kata pepatah "The more the merrier". 

Jadi, inilah antara penyebab kenapa Homestay boleh dijadikan pilihan untuk percutian anda seterusnya!