Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Ha, mesti anda tak faham dengan tajuk di atas kan? Jom, saya huraikan.
Anda
ingin memulakan bisnes ini dan ada juga pengusaha Homestay yang ingin menambah
aset. Apakah cara yang terbaik? Persoalan ini terjawab apabila kita sendiri menghadapi
situasi pilihan. Alah, kenapa tak nak kongsi panduan pula? Ok, ok. Contohnya,
sekiranya anda membeli aset maka faktor yang di ambil kira berdasarkan
pengalaman saya iaitu kos dan hak milik.
Apabila
membeli, anda akan terikat dengan pinjaman bulanan, lainlah anda dapat membeli
secara bayaran penuh. Pertama sekali anda perlu menyelesaikan yuran khidmat guaman
dan duti setem untuk proses perjanjian jual beli. Begitu juga dengan insurans
rumah. Selain itu anda akan menanggung antaranya kos penyelenggaraan dan bil
utiliti lain seperti bil cukai pintu, bil air, bil elektrik, Indah Water, bil
ASTRO dan kos penyelenggaraan bulanan (sekiranya rumah jenis apartmen, kondo
dan lain-lain).
Walaubagaimanapun,
kesemua kos yang anda tanggung berbaloi kerana andalah hakmilik aset tersebut
dan pulangan keuntungan terbayar apabila anda mendapat pulangan dari sewaan
Homestay dan apabila ingin menjual kelak.
Bagi yang
kekurangan modal, anda boleh menyewa rumah supaya rumah hak milik yang sedia akan
dapat digunakan untuk memulakan bisnes ini.
Begitu
juga ada yang mengambil risiko lebih tinggi dengan menyewa rumah lain dengan
harapan dapat menampung pembayaran melalui pulangan duit sewaan Homestay. Semoga
pilihan yang dipilih tidak akan mengundang masalah kepada penyewa yang kita
sewa untuk tujuan ini. Ia boleh dibuat tanpa pengetahuan mereka, tetapi anda
tanggung sendiri kerana terdapat masalah PHD atau “Perasaan Hasad Dengki” atau
lebih kronik lagi “Permanent Head Damage” apabila mereka mendapat tahu anda
mendapat pulangan berlipat ganda atas aset pelaburan mereka. FIkir-fikirkan lah
ye akibatnya. Maka, perundingan awal lebih baik, mana tahu rezeki perkongsian kedua-dua
belah pihak lebih ber +++ !!
