Salam semua,
Sudah lama Yani tidak meluangkan masa untuk menaip ruangan ini kerana sibuk dengan tugasan di kilang. Hari ini kisah berkisar dengan seorang penempah yang susah difahami. Beliau ingin menempah unit untuk Sabtu ini dan semestinya tempahan sudah penuh! Jadi, beliau meminta nombor pemilik Homestay yang lain untuk mencuba nasib. Yani memberitahu beliau bahawa pemilik sendiri akan menelefon beliau. Mestilah, ini kan cara menambat hati pelanggan. Takkan hanya satu panggilan pemilik tidak mahu berusaha kan. Namun, penempah ini tidak mempercayai Yani dengan menelefon kembali dengan perasaan marah. Hmm, begini lah nasib jika menolong tetapi disangka kita menipu beliau pula.
Penempah hari ini yang kedua pula, mempunyai masalah berlainan. Cik Puan kita ni sudah bertanya pelbagai soalan tanpa memberikan deposit. Sebentar tadi di saat-saat akhir sebelum daftar masuk esok meminta untuk potongan harga. Susah lah macam ni sebab ada penempah lain yang sanggup bayar lebih untuk unit yang sama. Namun, Yani berusaha mengelak daripada konflik dengan mengatakan unit akan dilepaskan sekiranya tidak berminat. Dengan segera Cik Puan kita ni membayar deposit. Inilah pelbagai karenah penempah di saat-saat akhir.