Terbit rasa tamak

Salam semua, kali ini mengenai sikap tamak pemilik Homestay. Ya, mereka bertindak mengikut musim seperti cuti sekolah, cuti am, aktiviti-aktiviti gemilang dan lain-lain. Mereka seboleh-bolehnya  ingin menerima bilangan penginapan lebih. Ada yang menaikkan harga, tidak memberi potongan harga, tidak menerima daftar masuk awal atau membenarkan daftar keluar lewat. Ia pastinya mengecewakan penempah apabila diberitahu unit sudah penuh walaupun ada kekosongan kerana ingin menginap SATU malam! Namun begitu, berhati-hati sekiranya penginap hanya ingin menginap lebih dari 1 malam tetapi berjanji menempah lebih dari itu. Kes ini memang terjadi!