As Salam semua dan salam sejahtera
Semoga sihat semuanya. Cerita kali ini tentang penempah yang sangat yakin dengan tempahan "On Hold" atau tergantung. Pada mulanya beliau telah menelefon dan berkomunikasi juga melalui Whatsapp dan SMS. Beliau meminta diskaun dan akhirnya harga potongan lebih tinggi telah diberikan memandangkan bilangan penginap tidah ramai. Boleh lah kita "consider" ya. Namun begitu tiada kata putus sehingga pada saat akhir telah menelefon untuk memberitahu bahawa beliau sudah dalam perjalanan dan akan sampai tidak lama lagi berdasarkan lokasi yang diberikan.
Jadi, Yani pun bertanya "Encik dah masukkan deposit ke?". Namun dibalas dengan herdikan "Nak saya bayar tepi jalan ke?". Takpe, takpe. Sabar. Yani memberitahu beliau Yani akan menelefon kembali untuk memeriksa kekosongan. Sebenarnya, memang terdapat kekosongan, tetapi akibat sikap beliau sebegitu Yani telah memberitahu tempahan sudah penuh. Memang tidak silap tindakan ini kerana semasa menelefon kembali, beliau menyuruh isterinya supaya bertanya alamat penuh unit Homestay tersebut. Padahal, semua informasi tepat telah diberikan sehingga peta sampai depan pintu Homestay telah diberikan sejak 2 minggu dahulu!! Faham - faham sajalah.

No comments:
Post a Comment