Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Ketika ini Yani berada di dalam penerbangan menuju ke Guangzhou, China. Di harap boleh mendapat idea-idea baru Dalam meningkatkan perkhidmatan Homestay yang sedia ada. Ya, sebagai traveller atau pelancong, semestinya persiapan sebelum bertolak perlu disediakan untuk mengelakkan kegusaran. Sebentar tadi, beg Yani terlebih muatan sehingga perlu menambah RMB 1000. Yani bernasib baik kerana rakan boleh membantu untuk menyimpan lebihan 3 kg di dalam bagasinya yang masih kekurangan berat iaitu kurang dari 23kg. Apakan daya, seboleh-bolehnya Nak bawa lagi lebihan makanan kerana takut tiada makanan halal di destinasi yang dirancang. Tambahan pula perlu berada di sana selama 3 minggu Dan cukup mencabar kerana masih di Bulan Ramadhan. Terdapat panduan yang Boleh memberi panduan kepada penginap sekiranya mereka ingin melancong iaitu dengan mencari kata kunci di carian internet seperti "packing list". Ia sangat membantu untuk mengelakkan barangan lebihan atau kekurangan apabila menginap nanti. Begitulah yang akan dilakukan oleh para penginap Homestay apabila mereka datang ke Malaysia. Di harap pelancong dari Jepun pada bulan July ini dapat menginap Homestay Yani Dengan selesa. Senaraikan keperluan yang terdapat di unit Homestay sejelas yang mungkin kerana mereka tidak perlu gusar lagi. Gambar-gambar juga Dapat membantu tanpa perlu menyenaraikan kemudahan. Never try never know (NTNK)
Beberapa panduan antaranya
Beberapa panduan antaranya
No comments:
Post a Comment