Kisah Penginap Jepun

Puan Yaeko Takashima Dari Fukuoka Japan. Beliau berkali-kali membongkok badannya dengan tanda rasa hormat telah membuatkan pembantu Homestay Yani keluh kesah. Beliau juga mengucapkan perkataan "Terima Kasih". Walaupun baru sampai di unit Homestay tak sampai 3 jam, beliau sudah berjanji akan datang lagi menginap selepas 2 tahun sekiranya masih sihat. Kini beliau telah pun berumur 70 tahun. Namun dari segi fizikal tampak seperti 50an! Kalau anda nak tahu tujuan beliau datang menginap 3 bulan adalah untuk belajar bahasa Inggeris kerana tidak mahir. Wow! Taraf pendidikan Malaysia sangat bagus sehingga beliau sanggup datang seorang untuk melanjutkan pembelajaran di sini. InsyaAllah, kedatangan beliau di Homestay akan ceria kerana dikelilingi oleh jiran-jiran mesra. Aktivitinya selepas kelas kami pun dah aturkan seperti Ronda-ronda Penang dengan pengangkutan bas, tarian aerobik, belajar mengait, buat tempe dan banyak lagi. Pada hari pertama hari Raya Aidilfitri beliau telah dihidangkan satay padang Dan Alhamdulillah, beliau boleh menikmati makanan kita. 

No comments: