Penginap Degil

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Merdeka ! Merdeka! Merdeka !

Ha, bagaimana perniagaan Homestay anda semua. Yani harap semuanya tersenyum terutama melihat kalendar yang penuh dengan tanda "Public Holiday" atau cuti umum. Pada ketika ini, ramai "guest" last minit akan buat panggilan untuk tempahan saat-saat akhir ataupun menambah bilangan malam penginapan. Ada pengusaha Homestay yang gusar kerana ada penginap tak mahu keluar kerana keselesaan dan perkhidmatan yang disediakan amat berbaloi. Nak tambah hari menjadi masalah kerana terdapat kemasukkan penginap seterusnya. Hmm "gawat" macam ni. Yani sediakan beberapa panduan untuk membantu sekiranya berlaku keadaan "double booking" ni. Baru-baru ini ada pembaca buku Yani meminta nasihat kecemasan kerana sudah buntu mencari penyelesaian. Harap panduan ini membantu ya. Ha, ha. Berdasarkan pengalaman ni.


Untuk penginap degil yang tak mahu keluar ni, hmm apa kita nak buat kat dia ye?

1. Terus terang bercakap dengan beliau untuk minta keluar mengikut waktu daftar keluar
2. Minta beliau fahami dan hormati penginap seterusnya kerana telah membayar deposit untuk kemasukkan hari tersebut
3. Dibenarkan daftar keluar lewat sedikit jika kemasukkan seterusnya lewat (pastikan ada masa untuk menyelenggara dan proses pencucian)
4. Kita sebagai pengusaha tunggu depan unit Homestay untuk menunjukkan kesuntukan masa untuk proses menyelenggara
5. Follow up call untuk memberitahu status penginap seterusnya memang nak masuk unit Homestay tersebut

Atau untuk penginap baru nak daftar masuk ada caranya

1. Panggilan susulan waktu daftar masuk, lewat atau awal, datang atau tidak pada hari tersebut
2. Tawaran ke unit Homestay yang lain dengan kemudahan lebih baik tanpa bayaran tambahan, atau sama perkhidmatan dengan memberikan harga diskaun. (anda perlu rakan Homestay terdekat untuk pilihan ini)
3. Elak kemasukkan penginap ini jika penginap sedia ada masih tidak berganjak. Ya, dengan memberikan alasan. Guna panduan ini jika terdesak.
a. Terdapat gangguan elektrik / bekalan air dll
b. Beritahu keadaan sebenar
c. Wang deposit dikembalikan 

No comments: