Kadar Harga Homestay


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu lagi untuk Yani kongsikan idea untuk membuat pengiraan harga Homestay. Penempah senang je kan tanya harga untuk bilangan penginapan. Lepas tanya harga satu malam, mereka bertanya kalau 2 malam harga berapa ye? Kalaulah kalkulator tu kat tangan mestilah nak mula mengirakan. Tapi apakan daya, kini ia di tepi telinga iaitu kalkulator di dalam telefon yang ketika itu kita sedang berbicara dengan penempah bukan? Nak jawab boleh, tetapi adakah anda yakin dan tak menyesal selepas memberitahu sebut harga? Anda boleh paparkan di belakang telefon dengan nota, dalam beg duit, atau simpan foto di dalam telefon dan akan menelefon kembali dengan alasan anda sedang memandu (contoh je alasan tu). Jikalau anda belum lakukan lagi sebut harga, di sini Yani beri idea dan harap ia membantu. Boleh buat pengiraan cara lain berdasarkan;

:: Harga waktu puncak dan bukan puncak
:: Bilangan penginap
:: Penginap ulangan, dll

Namun begitu setelah meneliti harga yang ingin kita tawarkan, jangan lupa bahawa penempah boleh menyimpan sebagai rekod untuk kegunaan hadapan untuk penginapan ulangan. Mereka pasti ingin harga yang lebih rendah sebelumnya. Selain itu, harga perlu berdasarkan persaingan sihat di antara pemilik Homestay berdekatan, iaitu salah satu nilai harga terpenting adalah jenis perkhidmatan yang disediakan mestilah patut dengan harga yang ditawarkan.



Harga yang ditawarkan biarlah ganjil kerana penempah pasti mahukan harga yang cantik. Contoh untuk 6 malam penginapan harga seperti paparan berjumlah RM 1566. Penempah akan menawar RM 1550, RM 1500 dan sebagainya. Cubalah..

No comments: