Bunyi apa tu?


Baca tajuk ni pun dan menyeramkan. Bagi yang mempunyai unit Homestay anda cukup bernasib baik sekiranya tiada yang "menumpang". Faham kan. Sekiranya berlaku cepat-cepatlah kita pagarkan dengan ayat-ayat Kursi dan Surah Yassin dan sebagainya. Ya, unit Homestay Yani pun pernah berlaku dan Alhamdulillah, unit-unit ini selalu dipantau oleh pembantu Yani yang sememangnya boleh melihat dan merasai sesuatu yang paranormal. Anda mungkin akan merasa kelibat sesuatu melintas, mendengar bunyian bayi, terserempak dengan makhluk-makhluk ini dan sebagainya. Tetapi, Yani tidak berfikiran sebegitu semasa membuat pemeriksaan, membersihkan unit dan tidur semalaman berseorangan kerana selalu berfikiran positif dan logik. Kalau dapat rakan-rakan atau saudara mara boleh membantu ia akan mengelakkan penginap seterusnya memberi komen. 

Berdasarkan pengalaman, selalunya benda-benda halus ini suka mengikuti bayi dan budak-budak kecil bagi penginap yang masuk lewat malam. Ada yang bawa sekali dari tempat mereka datang dan ada makhluk yang menyinggah di unit Homestay kerana kosong.  

Selalunya penginap akan daftar keluar awal kerana diganggu dan ada yang memberitahu melalui SMS, Whatsapp, e-mail pun ada untuk menggambarkan lebih jelas, tidak terkecuali juga Yani menelefon sendiri penginap tersebut kerana inginkan kepastian. Selalunya kita akan menuduh yang bukan-bukan kepada penempah yang memberikan komen ini, namun dengar dulu dan dengar cara perbualan adakah mereka membuat cerita rekaan ataupun benar-benar berlaku. Just expect unexpected news. Mereka ada juga yang memberikan galakkan positif dengan mengesyorkan rumah perlu "dibersihkan" segera. Jadi, sekali lagi, pantau-pantaulah ye. Ada yang sedang memerhati....

No comments: