Kelebihan dan kekurangan agen HOMESTAY



Pada 30hb Januari 2016 semasa dalam seminar yang lalu, Yani ada memaparkan beberapa agen Homestay di pautan Malaysia dan luar negara. Ya, sememangnya keahlian ditawarkan percuma namun komisen akan diperoleh oleh pihak ini selepas penempah membuat pembayaran penuh. Contoh kiraan yang mudah adalah:

Melalui pautan Ibilik (2016)
Harga sewaan yang ditawarkan : RM 100/= semalam

Caj Ibilik
Caj Perkhidmatan @ 10%        = RM 100 * 10%                       = RM 10.00
Caj GST @ 6%                         = RM 100 – RM 90 * 6%           = RM 0.60
Ibilik akan peroleh                   = RM 10.60
Ya, anda jangan terkejut ya, Ibilik akan mencaj RM 10.60 kepada pemilik Homestay dan begitu kepada penempah. Ini bermakna Ibilik akan mendapat RM 21.20 bagi tempahan sewaan pada RM 100 semalam.
Bagi pemilik Homestay, mereka hanya akan mendapat RM 89.40, manakala penempah perlu membayar RM 110.60 kepada Ibilik.
Walaupun pemilik akan merasa sedikit kerugian, ini hanya berlaku pada kali pertama sahaja. Apabila penempah sudah bertemu dengan pemilik Homestay, pemilik pastinya akan mengesyorkan tempahan terus melalui beliau untuk sewaan pada masa hadapan. Kelebihannya, penempah tidak perlu lagi membayar caj tambahan dan mungkin akan mendapat potongan harga.
Penempah sanggup membayar lebih kepada agen online atau atas talian ini kerana mereka yakin sekiranya perkhidmatan tidak seperti yang dijanjikan oleh pemilik Homestay, agen akan membayar kembali dan akhirnya agen akan memberi amaran kepada pemilik atau memansuhkan keahlian kerana rekod tidak memuaskan.
Tempahan pada 6hb Februari 2016 kali ini, Yani mendapat tempahan melalui Ibilik untuk satu malam, dan penginap mahu menambah malam penginapan dan mereka dikenakan sewaan tanpa caj tambahan dan juga diskaun.
Kiraan % caj perkhidmatan tidak sama dari pelbagai agen. Seperti Homeaway.com, mereka hanya mencajkan 3% kepada pemilik Homestay, melalui Mudah.my 0%.
Namun begitu ada segelintir agen perorangan atau agen offline yang juga menawarkan caj kepada pemilik Homestay apabila mendapat pelanggan. Baru-baru ini Yani terkejut kerana telah menerima tempahan untuk 1 malam dan agen ini tanpa segan silu meminta komisen sebanyak 25%!! Memang sangat tinggi! Kita buat kiraan lagi,
Harga sewaan yang ditawarkan : RM 100/= semalam
Caj Agen
Caj Perkhidmatan @ 25%             = RM 100 * 25%      = RM 25.00
Baki pemilik Homestay hanya akan mendapat RM 75
Bagaimana pula kos-kos yang lain?
Cucian Homestay = RM 25
Baki tinggal RM 50, jika anda buat perkongsian keuntungan dengan ahli kongsi anda, bagaimana? 50%, 25%. Ha ha, dapat lebih kurang sama dengan harga agen ini.
Apa lagi, Yani dan rakan kongsi telah senarai hitam kan agent ini kerana terlalu tinggi komisen nya. Namun, nombor penginap kami simpan untuk rujukan promosi masa hadapan. The first and the last we deal ya Mr. 25%.
Sekiranya anda mahu mendapat harga yang sepatutnya, tambahlah peratusan komisen tersebut dan tawarlah harga baru. Tetapi, lihat juga harga tawaran pesaing anda ye, jangan sampai tiada pelanggan pula nanti.
Belum cuba belum tahu.

No comments: