Gelagat Penginap Ku


Penginap-penginap selalunya akan menunjukkan kreativiti mereka apabila meninggalkan Homestay. Antara perbuatan yang biasanya dilakukan seperti:

1. Mengubah TV dari ruang tamu ke dalam bilik utama. Hmm, macam mana lah mereka ni boleh terfikir nak buat macam ni. Tak perihatin kah kepada pemilik Homestay apabila mengemas kelak?
2. Menyelit alat kawalan jauh TV dan penghawa dingin. Sampai susah nak cari sehinggakan perlu mengangkat setiap perabut dan mengubah perabut. Sabar sajalah.
3. Ini kes yang lebih teruk lagi. Apabila datang kumpulan penginap yang besar, mereka akan membawa keluar bantal, tilam, perkakas-perkakas ke unit yang lain. Aduh! Ini menyukarkan pemilik-pemilik yang berbeza untuk mendapatkan kembali barangan mereka.

Bagaimana pula pengalaman anda? Ada idea untuk atasi gelagat mereka ini?

Bilangan bilik ke atau bilangan penginap?




Kerap kali apabila menerima tempahan, ramai penempah bertanya tentang bilangan bilik. Walaupun berkali-kali Yani bertanya bilangan penginap yang akan menginap, asyik ditukar topik berapa bilik yang disediakan. Apa yang dikuatirkan adalah keluasan bilik dan rumah berdasarkan harga sewaan Homestay yang ditawarkan. Apabila sampai satu kemuncak, Yani terpaksa berkeras untuk memberitahu kepada penempah bahawa;

:: Keluasan rumah sebenarnya

:: Keluasan bilik

:: Kemudahan di dalam bilik seperti kuantiti tilam tambahan dan katil, begitu juga bantal

:: Memberitahu bahawa tiada keselesaan jika berpenghuni ramai dan menyebabkan rungutan kepada pemilik Homestay kelak kerana tidak diberitahu (ini adalah cara yang paling selamat, ya)

:: Lebih baik menolak tempahan sekiranya penempah tidak puas hati semasa tempahan daripada menerima kunjungan masuk Homestay nanti.

Ya, kadang-kadang Yani hampir-hampir nak beritahu penempah sebenarnya saiz bilik adalah sebesar 2 atau 3 kali sebesar tandas, he he! Kejam rasanya. Ya lah masih tak faham-faham ya, kerana mereka selalu fikir satu bilik boleh memuatkan 10 orang dan ke atas! Ini adalah tanggapan normal penempah!

Oh Agen Ku !


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, sekali lagi kita bertemu  di laman ini. Kali ini tentang al-kisah agen Homestay pula. 

Minggu lepas ada seorang agen Homestay yang menelefon dan menempah sebagai wakil ahli keluarganya. Namun yang pelik beliau meletakkan harga yang rendah daripada yang ditawarkan. Jadi, apa yang akan terjadi?

:: Beliau mungkin akan diberi sedikit komisen atau tiada langsung kerana tanpa persetujuan pemilik Homestay

:: Mungkin ini kali terakhir beliau menjadi agen, alah blok saja nombor itu, atau katakan saja sudah penuh. Ini akan membuatkan pemilik Homestay berasa geram dan tidak selesa kerana agen memberikan harganya sendiri

A T A U

Penyelesaian terbaik

:: Minta beliau beri nombor penempah sebenar untuk pemilik Homestay menghubungi terus

:: Minta beliau tunggu komisen selepas tempahan berjaya di bayar penuh nanti (itu lah yang ditunggu-tunggu kan?)

Kenapa minta nombor penempah tersebut?

:: Untuk elak dapat informasi tidak lengkap seperti tarikh, masa daftar keluar dan masuk, bilangan penginap, bilangan kenderaan, tujuan menginap dan sebagainya. Persoalan ini tidak akan terjawab oleh agen kerana beliau menjadi orang perantaraan dan menjadikan komunikasi lebih rumit

:: Menyenangkan pihak agen dan penempah dari segi masa dan wang 

:: Kita sebagai pemilik Homestay mestilah mencari pelanggan, takkan pelanggan cari kita pula. Laju... laju... buat panggilan dan tutup sales ya !


Kelebihan dan kekurangan agen HOMESTAY



Pada 30hb Januari 2016 semasa dalam seminar yang lalu, Yani ada memaparkan beberapa agen Homestay di pautan Malaysia dan luar negara. Ya, sememangnya keahlian ditawarkan percuma namun komisen akan diperoleh oleh pihak ini selepas penempah membuat pembayaran penuh. Contoh kiraan yang mudah adalah:

Melalui pautan Ibilik (2016)
Harga sewaan yang ditawarkan : RM 100/= semalam

Caj Ibilik
Caj Perkhidmatan @ 10%        = RM 100 * 10%                       = RM 10.00
Caj GST @ 6%                         = RM 100 – RM 90 * 6%           = RM 0.60
Ibilik akan peroleh                   = RM 10.60
Ya, anda jangan terkejut ya, Ibilik akan mencaj RM 10.60 kepada pemilik Homestay dan begitu kepada penempah. Ini bermakna Ibilik akan mendapat RM 21.20 bagi tempahan sewaan pada RM 100 semalam.
Bagi pemilik Homestay, mereka hanya akan mendapat RM 89.40, manakala penempah perlu membayar RM 110.60 kepada Ibilik.
Walaupun pemilik akan merasa sedikit kerugian, ini hanya berlaku pada kali pertama sahaja. Apabila penempah sudah bertemu dengan pemilik Homestay, pemilik pastinya akan mengesyorkan tempahan terus melalui beliau untuk sewaan pada masa hadapan. Kelebihannya, penempah tidak perlu lagi membayar caj tambahan dan mungkin akan mendapat potongan harga.
Penempah sanggup membayar lebih kepada agen online atau atas talian ini kerana mereka yakin sekiranya perkhidmatan tidak seperti yang dijanjikan oleh pemilik Homestay, agen akan membayar kembali dan akhirnya agen akan memberi amaran kepada pemilik atau memansuhkan keahlian kerana rekod tidak memuaskan.
Tempahan pada 6hb Februari 2016 kali ini, Yani mendapat tempahan melalui Ibilik untuk satu malam, dan penginap mahu menambah malam penginapan dan mereka dikenakan sewaan tanpa caj tambahan dan juga diskaun.
Kiraan % caj perkhidmatan tidak sama dari pelbagai agen. Seperti Homeaway.com, mereka hanya mencajkan 3% kepada pemilik Homestay, melalui Mudah.my 0%.
Namun begitu ada segelintir agen perorangan atau agen offline yang juga menawarkan caj kepada pemilik Homestay apabila mendapat pelanggan. Baru-baru ini Yani terkejut kerana telah menerima tempahan untuk 1 malam dan agen ini tanpa segan silu meminta komisen sebanyak 25%!! Memang sangat tinggi! Kita buat kiraan lagi,
Harga sewaan yang ditawarkan : RM 100/= semalam
Caj Agen
Caj Perkhidmatan @ 25%             = RM 100 * 25%      = RM 25.00
Baki pemilik Homestay hanya akan mendapat RM 75
Bagaimana pula kos-kos yang lain?
Cucian Homestay = RM 25
Baki tinggal RM 50, jika anda buat perkongsian keuntungan dengan ahli kongsi anda, bagaimana? 50%, 25%. Ha ha, dapat lebih kurang sama dengan harga agen ini.
Apa lagi, Yani dan rakan kongsi telah senarai hitam kan agent ini kerana terlalu tinggi komisen nya. Namun, nombor penginap kami simpan untuk rujukan promosi masa hadapan. The first and the last we deal ya Mr. 25%.
Sekiranya anda mahu mendapat harga yang sepatutnya, tambahlah peratusan komisen tersebut dan tawarlah harga baru. Tetapi, lihat juga harga tawaran pesaing anda ye, jangan sampai tiada pelanggan pula nanti.
Belum cuba belum tahu.

Perlu mahir berbahasa


Sebentar tadi Yani baru mendapat panggilan daripada agen Airbnb dari USA. Beliau terus memperkenalkan dirinya dan meneruskan perbualan untuk menarik minat Yani untuk terus mempromosikan Homestay di dalam web mereka. Ini adalah kerana beberapa kriteria perlu Yani perbaiki dan menaik taraf trafik pengunjung di dalam web tersebut kerana diberitahu bahawa kini Malaysia adalah salah satu negara mempunyai peluang besar untuk bisnes pelancongan penginapan. Yani bernasi baik kerana memahami apa yang diperkatakan oleh beliau walaupun terdapat gangguan telekomunikasi. Namun begitu, beliau sebelum mengakhiri perbualan, beliau mengulang kembali beberapa perkara yang perlu di kemaskini di dalam iklan. Anda boleh melayari www.airbnb.com untuk lebih lanjut. Anda yang mengiklan Homestay untuk penginap luar negara perlu bersedia menerima panggilan-panggilan antarabangsa melalui agen-agen ini dan mereka memang mahir bahasa Inggeris dan anda perlulah faham dengan terma dan syarat mereka juga. TIPS : Sekiranya tidak jelas, katakan anda sibuk dan meminta mereka menghantar informasi melalui e-mail anda ye.

Penempah muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 



Sekali lagi Yani rasa terpanggil untuk menyuarakan tentang hal-hal penempah yang datang dari pelbagai lapisan dan umur. Pelik tapi benar ya, kalau Yani katakan rata-rata penempah baru-baru ini ditanya oleh sekumpulan pelajar-pelajar sekolah menengah untuk mewakilkan guru-guru mereka. Terkejut bukan? Malah, golongan usia muda ini pun tahu bagaimana mendapatkan informasi penginapan bajet murah dengan memberikan cadangan Homestay pilihan mereka. Hmm, adakah cara ini disuruh oleh guru-guru mereka sendiri sehinggakan guru-guru tiada masa untuk melayari internet dan Facebook? Hmm, fikir-fikirkanlah ye.

Penempah suka, kami pun suka

Penempah yang gembira kerana tempahannya telah dipastikan. Kenapa tidak boleh menunggu.
















Agen Homestay

Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk mempromosikan Homestay anda, pastikan anda tahu terma dan syarat yang ditetapkan. Begitu juga kita berharap para penempah juga mengetahui terma dan syarat sebagai penempah dan penginap. Antara agen-agen Homestay yang biasa digunakan seperti

:: Ibilik.my
:: Travelmob.com
:: Airbnb.com
:: Wego.com
:: Wotif.com
:: Homestay.com dan banyak lagi

Kadangkala kita terpaksa menerangkan beberapa kali bagi penempah yang tidak biasa dengan cara tempahan sebegini. Ini kerana penggunaan transaksi kad kredit diperlukan untuk mengesahkan pembayaran. Terdapat penempah yang kurang yakin dengan agen pihak ketiga dan membatalkan tempahan. 


Mula yang asas dahulu

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera. Bagi yang ingin memulakan bisnes Homestay, anda boleh sediakan kemudahan yang termampu seperti barangan perabot Dan alatan lebihan di rumah. Anda juga Boleh beli barangan terpakai dengan mutu memuaskan. Setelah mandapat pulangan modal, bolehlah anda menaik taraf kemudahan yang diingini. Contoh dapur asas sebelum dijadikan kabinet pasang siap. 

Sebelum





Selepas 

Kenangan manis menjadi ingatan

Ya, kata-kata ini telah diungkapkan oleh penginap tiga bulan Yani. Beliau ingin datang lagi menginap di sini apabila ke Pulau Pinang nanti. Antara ucapan Dan tingkah laku gembira beliau seperti;

:: "I have fun stay at your house".
:: Beliau menjaga Homestay seperti rumah sendiri. Cadar, selimut dibasuh sendiri. 
:: Hanya menggunakan 1 bilik
:: Beliau belanja Yani Dan pembantu iaitu Kak Ani makan tengah hari.
:: Beliau mengubah kasut Yani untuk memudahkan pemakaian dari hadapan di koridor.
:: Beliau memberi paket wang tanpa kami sedari.

Alhamdulillah, inilah Yani cuba lakukan untuk penginap sebaik yang mungkin. Semoga kita berjumpa lagi. Sayonara Yaeko Takashima.