As Salam dan salam sejahtera semua, di sini Yani lampirkan skrip ucapan kenapa anda perlu rujuk buku "Buat Duit Dengan Bisnes Homestay"
Author’s Talk - Kinta City Shoppng Center, Perak
Penulis ini bernama Jasaiyani Sa'ad atau lebih
senang dikenali sebagai Yani. Beliau adalah seorang Jurutera, sedang
menjalankan bisnes MLM secara sambilan dan juga seorang pengusaha Homestay di
Pulau Pinang dan Kedah. Beliau dibantu bersama keluarganya yang sudah
menjalankan bisnes Homestay lebih dari 4 tahun dan perniagaan ini masih
berkembang. Mari kita kongsi pengalamannya dalam merealisasikan bisnes ini
melalui buku "Buat Duit Dengan Bisnes Homestay" yang baru dilancarkan
baru-baru ni.
Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berada di sini dan juga di
sekitar perkarangan Kinta City Shopping Center pada hari ini. Saya berharap
semuanya sihat dan ceria-ceria belaka. Apabila menjelang cuti sekolah dan cuti umum,
pasti kita ada yang merancang untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Kos
penginapan dan pengangkutan semestinya akan menjadi keputusan untuk bercuti berlaku atau tidak. Sudah tentu kos
petrol tidak boleh dikompromi kerana sudah ditentukan. Namun begitu kos
penginapan masih boleh diselaraskan berdasarkan bajet termampu.
Kini
ada pelbagai jenis penginapan yang anda boleh pilih. Salah satu pilihan terkini
adalah Homestay atau lebih dikenali sewa rumah harian. Penginapan jenis ini
semakin digemari disebabkan kelebihannya mengatasi kelemahan iaitu sebab faktor
utamanya adalah harga. Bagi yang pernah menginap Homestay, anda pasti dapat
membezakannya. Sekiranya ada yang tidak pernah menginap atau ingin tahu
bagaimana cara menempah Homestay, buku yang saya akan perkenalkan ini akan
dapat memenuhi keperluan yang diingini. Mesti anda nak tahu kenapa saya
berminat dengan bisnes Homestay ni? Apa kelebihan dan kelemahannya? Susah ke? Banyak
ke modal? Dan banyak soalan di pemikiran anda yang masih tiada jawapan, bukan?
Anda nak buat bisnes ni tapi rasa takut-takut tak menjadi? Saya gerenti selepas
tuan-tuan dan puan-puan baca buku ini, anda boleh mula tanpa rasa ragu-ragu.
Terdapat
banyak panduan-panduan selamat sebelum anda nak mula di bahagian 1 iaitu [Pra
–Permulaan].Pada mulanya, saya memulakan bisnes ini secara cuba-cuba dan mengalami
banyak halangan kerana masih baru dan tiada pengalaman langsung ketika itu.
Tapi, anda jangan risau, saya sudah kurangkan risiko itu di bahagian 2 iaitu
[Persediaan] di mana anda boleh tanya secara jujur adakah anda sesuai
menjalankan bisnes ini. Saya telah senaraikan soalan-soalan kriteria yang diperlukan
bagi menjayakan bisnes ini dengan cepat. Jika tidak, anda boleh guna cara lain
seperti yang disyorkan.
Bisnes Homestay perlu bergantung harap dengan faktor
lain iaitu keluarga dan
masyarakat. Anda perlu tahu kelebihan dan kelemahan semasa menjalankan bisnes
ini. Tanpa sokongan ini, perniagaan susah nak berkembang. Di dalam buku ini,
saya juga menceritakan kisah yang benar-benar terjadi selama 4 tahun dan cara-cara untuk menyelesaikannya. Seterusnya, bahagian 3 iaitu [Perkhidmatan] di mana
skop paling penting. Proses penginapan ini bermula dari tempahan, penginap
menginap dan daftar keluar dari Homestay. Nampak mudah, tapi pada proses
pertama, ramai penguasaha Homestay sudah gagal. Kenapa ya? Salah satu sebab
adalah cara menerima tempahan yang kurang bermutu yang menyebabkan pelanggan
terlepas. Anda perlu faham apa yang pelanggan mahukan dan perlukan kepastian
dengan perkhidmatan penginapan yang kita akan tawarkan. Ini adalah kerana
Homestay bukanlah hotel atau jenis perkhidmatan lain yang sudah dikenali.
Homestay adalah jenis persendirian dan anda perlu yakinkan penempah berdasarkan
janji dan jujur. Jadi bagaimana anda mahu pelanggan membuat tempahan tanpa
ragu-ragu? InsyaAllah, anda akan dapat manfaat daripada buku ini. Bagaimana anda
hendak menerima tempahan berulang-ulang tanpa modal tinggi? Idea-idea untuk berkembang
juga saya masukkan di dalam bahagian 4 iaitu [Menuju Kejayaan] di mana boleh
cuba sekiranya ada pengusaha2 Homestay di sini. Antara topik perbincangan
adalah bab 16 [Penambahbaikkan Unik] dan bab seterusnya iaitu [Menganalisa,
Menetap Hala Tuju], [Idea menyelesaikan masalah penginap dan pengusaha itu
sendiri] serta [Usahasama rakan bisnes].Setelah saya menjalankan bisnes ini,
ramai yang iri hati positif kerana melihat pulangan yang tinggi dengan risiko
rendah. Rakan saya berbangsa Cina tidak tahan melihat saya selalu menerima
panggilan duit masuk. Berbanding dengan beliau yang selalu menerima panggilan
kerana hal-hal kecemasan dan memerlukan wang. Atas bantuan dan tunjuk ajar, beliau
kini sudah mempunyai Homestay
pertama dan ingin menambah satu unit lagi pada waktu terdekat. Ucapan terima
kasih tidak terhingga kepada saya kerana membantu beliau keluar dari masalah
kewangan.
Disebabkan inilah, buku ini terbit. Saya berharap usaha kecil saya
ini dapat membantu lebih ramai lagi usahawan-usahawan baru dan sedia ada dalam
menjayakan bisnes Homestay. Buku ini disampaikan dalam bahasa Malaysia yang
sangat mudah difahami oleh pelbagai bangsa dan boleh dipraktikkan terus. Buku
ini sangat sesuai untuk pelajar-pelajar khususnya di dalam jurusan perhotelan kerana
ia adalah senario benar-benar terjadi yang dapat membantu anda apabila berada di
dalam pekerjaan itu kelak.
Saya, Jasaiyani atau panggil saja Yani ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi bersama saya untuk berkongsi
pengetahuan dengan buku bertajuk "Buat Duit Dengan Bisnes Homestay"
terbitan Truewealth Publishing Sdn. Bhd. Sekian, terima kasih.
2 comments:
Macamana nj dapat buku tersebut pn yani?
Boleh melalui http://www.bookplanet.com.my/index.php?target=products&product_id=258 atau menerusi Yani @ 0125711033 Whatsapp
Post a Comment