Kenapa Anda Perlu Buku Ini


As Salam dan salam sejahtera semua, di sini Yani lampirkan skrip ucapan kenapa anda perlu rujuk buku "Buat Duit Dengan Bisnes Homestay"

Author’s Talk - Kinta City Shoppng Center, Perak
Penulis ini bernama Jasaiyani Sa'ad atau lebih senang dikenali sebagai Yani. Beliau adalah seorang Jurutera, sedang menjalankan bisnes MLM secara sambilan dan juga seorang pengusaha Homestay di Pulau Pinang dan Kedah. Beliau dibantu bersama keluarganya yang sudah menjalankan bisnes Homestay lebih dari 4 tahun dan perniagaan ini masih berkembang. Mari kita kongsi pengalamannya dalam merealisasikan bisnes ini melalui buku "Buat Duit Dengan Bisnes Homestay" yang baru dilancarkan baru-baru ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berada di sini dan juga di sekitar perkarangan Kinta City Shopping Center pada hari ini. Saya berharap semuanya sihat dan ceria-ceria belaka. Apabila menjelang cuti sekolah dan cuti umum, pasti kita ada yang merancang untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Kos penginapan dan pengangkutan semestinya akan menjadi keputusan untuk bercuti  berlaku atau tidak. Sudah tentu kos petrol tidak boleh dikompromi kerana sudah ditentukan. Namun begitu kos penginapan masih boleh diselaraskan berdasarkan bajet termampu.

Kini ada pelbagai jenis penginapan yang anda boleh pilih. Salah satu pilihan terkini adalah Homestay atau lebih dikenali sewa rumah harian. Penginapan jenis ini semakin digemari disebabkan kelebihannya mengatasi kelemahan iaitu sebab faktor utamanya adalah harga. Bagi yang pernah menginap Homestay, anda pasti dapat membezakannya. Sekiranya ada yang tidak pernah menginap atau ingin tahu bagaimana cara menempah Homestay, buku yang saya akan perkenalkan ini akan dapat memenuhi keperluan yang diingini. Mesti anda nak tahu kenapa saya berminat dengan bisnes Homestay ni? Apa kelebihan dan kelemahannya? Susah ke? Banyak ke modal? Dan banyak soalan di pemikiran anda yang masih tiada jawapan, bukan? Anda nak buat bisnes ni tapi rasa takut-takut tak menjadi? Saya gerenti selepas tuan-tuan dan puan-puan baca buku ini, anda boleh mula tanpa rasa ragu-ragu. 

Terdapat banyak panduan-panduan selamat sebelum anda nak mula di bahagian 1 iaitu [Pra –Permulaan].Pada mulanya, saya memulakan bisnes ini secara cuba-cuba dan mengalami banyak halangan kerana masih baru dan tiada pengalaman langsung ketika itu. Tapi, anda jangan risau, saya sudah kurangkan risiko itu di bahagian 2 iaitu [Persediaan] di mana anda boleh tanya secara jujur adakah anda sesuai menjalankan bisnes ini. Saya telah senaraikan soalan-soalan kriteria yang diperlukan bagi menjayakan bisnes ini dengan cepat. Jika tidak, anda boleh guna cara lain seperti yang disyorkan. 

Bisnes Homestay perlu bergantung harap dengan faktor lain iaitu  keluarga dan masyarakat. Anda perlu tahu kelebihan dan kelemahan semasa menjalankan bisnes ini. Tanpa sokongan ini, perniagaan susah nak berkembang. Di dalam buku ini, saya juga menceritakan kisah yang benar-benar terjadi selama 4 tahun dan cara-cara untuk menyelesaikannya. Seterusnya, bahagian 3 iaitu [Perkhidmatan] di mana skop paling penting. Proses penginapan ini bermula dari tempahan, penginap menginap dan daftar keluar dari Homestay. Nampak mudah, tapi pada proses pertama, ramai penguasaha Homestay sudah gagal. Kenapa ya? Salah satu sebab adalah cara menerima tempahan yang kurang bermutu yang menyebabkan pelanggan terlepas. Anda perlu faham apa yang pelanggan mahukan dan perlukan kepastian dengan perkhidmatan penginapan yang kita akan tawarkan. Ini adalah kerana Homestay bukanlah hotel atau jenis perkhidmatan lain yang sudah dikenali. 

Homestay adalah jenis persendirian dan anda perlu yakinkan penempah berdasarkan janji dan jujur. Jadi bagaimana anda mahu pelanggan membuat tempahan tanpa ragu-ragu? InsyaAllah, anda akan dapat manfaat daripada buku ini. Bagaimana anda hendak menerima tempahan berulang-ulang tanpa modal tinggi? Idea-idea untuk berkembang juga saya masukkan di dalam bahagian 4 iaitu [Menuju Kejayaan] di mana boleh cuba sekiranya ada pengusaha2 Homestay di sini. Antara topik perbincangan adalah bab 16 [Penambahbaikkan Unik] dan bab seterusnya iaitu [Menganalisa, Menetap Hala Tuju], [Idea menyelesaikan masalah penginap dan pengusaha itu sendiri] serta [Usahasama rakan bisnes].Setelah saya menjalankan bisnes ini, ramai yang iri hati positif kerana melihat pulangan yang tinggi dengan risiko rendah. Rakan saya berbangsa Cina tidak tahan melihat saya selalu menerima panggilan duit masuk. Berbanding dengan beliau yang selalu menerima panggilan kerana hal-hal kecemasan dan memerlukan wang. Atas bantuan dan tunjuk ajar, beliau kini sudah mempunyai  Homestay pertama dan ingin menambah satu unit lagi pada waktu terdekat. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada saya kerana membantu beliau keluar dari masalah kewangan. 

Disebabkan inilah, buku ini terbit. Saya berharap usaha kecil saya ini dapat membantu lebih ramai lagi usahawan-usahawan baru dan sedia ada dalam menjayakan bisnes Homestay. Buku ini disampaikan dalam bahasa Malaysia yang sangat mudah difahami oleh pelbagai bangsa dan boleh dipraktikkan terus. Buku ini sangat sesuai untuk pelajar-pelajar khususnya di dalam jurusan perhotelan kerana ia adalah senario benar-benar terjadi yang dapat membantu anda apabila berada di dalam pekerjaan itu kelak. 

Saya, Jasaiyani atau panggil saja Yani ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi bersama saya untuk berkongsi pengetahuan dengan buku bertajuk "Buat Duit Dengan Bisnes Homestay" terbitan Truewealth Publishing Sdn. Bhd. Sekian, terima kasih.

2 comments:

Azam Melaka said...

Macamana nj dapat buku tersebut pn yani?

Unknown said...

Boleh melalui http://www.bookplanet.com.my/index.php?target=products&product_id=258 atau menerusi Yani @ 0125711033 Whatsapp